Monday, November 7, 2011

After Raya .........

Hari ini ,pagi ini anak perempuan kesayangan ku telah berangkat ke Kemunting untuk pulang semula ke Arau,Perlis.Ayahnya menghantar dia sampai ke Kemunting saja.Nasib baik ada kawan dari Kampung Jamuan balik bersama dia.Aku bukan tak harap tapi risau hati kecil ni bila dia berjalan pulang seorang diri.Mujurlah dia ni ramah dan suka berkawan.Semoga perjalanan nya lancar dan selamat sampai ke destinasi.Harap-harap tu biarlah senang dapat tiket di Butterworth nanti.Pulang nya dia lepas raya ni akan mula perjuangan nya menghadapi peperiksaan akhir semester kedua nya.Emak harap anak emak dapat meraih keputusan yang elok nanti.Jangan jemu berdoa pada yang Esa.Hati aku yang terlebih risau.Mana tidaknya kedua-dua orang anak akan mengambil periksa sekali gus.Akak dengan periksa akhir semester dan si adik dengan peperiksaan SPM nya. Aduh........aku yang gelabah.Ya Allah selamat dan berjayalah anak-anak ku didalam exam mereka.Selamatkan juga anak-anak ku di dunia dan akhirat Mu Ya Allah.Sunyi pulak rumah ni bila akak dah balik semula ke Poly.Hilang seri rumah ni bila anak-anak tak ada di sekeliling.Akak kata dia dah naik bas untuk ke Butterworth.Semoga selamat dalam perjalanan hingga sampai ke Poly.Aku sedih kerana hidup anak-anak ku tak mewah saperti anak-anak orang lain.Maklum aku hanya seorang surirumah sepenuh masa.Hendak pergi keluar bekerja pun umur dah 50 tahun.Majikan apa pun tak nak ambil orang dah tua ni.Nak pergi kerja kedai makan pun anak-anak tak izin.Aku bukan apa ,rasa hati nak cari duit  untuk anak-anak belanja.Kasihan bila dengar akak asyik makan nasi berlauk telor masin.Semasa dirumah dulu tak tahu anak emak makan telor masin pun.Ini lah cabaran bila anak-anak dah lepas ke IPTA.Duit PTPTN bukan nya cukup.Itupun akak dah habis berjimat katanya.Aku pula bukan nya orang senang.Semester depan jika duduk diluar lagi lah aku susah hati di buat nya.Aku mohon pada Allah ,hendaknya anak ku masih dapat tinggal di asrama lagi sem depan ni.Kasihan dia jika kena keluar.Anak aku ni bukan nya tahu bawa motor.Kalaulah dia kena duduk di luar alangkah susahnya.Rasa sesak pulak dada ni bila memikirkan nya.Aku serah kan saja pada Allah untuk menyelesaikan nya.Nanti terlampau stress naik pula darah tinggi ni....lagi susah.Aku kena bersiap ni,kerana hari ini ada Amanah Ikhtiar .Inilah penangan orang berhutang ....tak lena tidur dibuat nya weh oooiiiiiii.....Berhutang dengan Amanah Ikhtiar Malaysia ni bukan nya nak tolong orang miskin .Mencekik darah orang miskin ada le lagi.Lepas ni aku rasa tak nak berhutang le lagi.Susah ....duit cas nya tinggi sangat..sampai 10%.Okaylah bila ada masa aku menaip lagi.Sekadar lepas tension dan rindukan anak yang jauh.SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT NIK SYAZA AMIRAH DAN NIK AHMAD NAIM.Emak sayang kalian berdua.........GOOD LUCK AND MAY ALLAH LOVE BOTH OF YOU ALWAYS.Love....Emak.

No comments:

Post a Comment