Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha Yang Sunyi....

Hari ini adalah Hari Raya Aidil Adha,tapi tak ramai yang datang berkunjung ke rumah.Beginilah selalunya jika sambutan Aidil Adha.Hambar dan sunyi sekali Kampung Enggor ini..Mereka tidak tahu yang Aidil Adha adalah raya yang besar.Dikampung anak-anak tidak hairan nak pulang untuk menjenguk ibu ayah.Kasihan orang tua-tua,umur semakin lanjut .....perasaan mereka tidak siapa yang ambil peduli.Anak-anak berasa bangga sekadar menalifon bertanya khabar.....dan memberitahu tak dapat nak pulang.Sibuk dan cuti singkat.Ibu ayah yang tua hanya mampu mengangukkan kepala dan menerima khabar  dengan hati yang pilu dan sedih.Orang tua-tua ni pandai menyimpan rahsia hati.Cuma kita sebagai anak yang tak tahu atau tak perasan yang kita dah mengecilkan hati dan perasaan mereka.Bila ibu ayah dah dibalut dengan kain putih  menyesal tiada guna nya.Aidil Adha ini kakak ku tak pulang ke kampung.Aku tahu emak aku sedih kerana cucu-cucu nya tak ada di sisi.Tapi aku nak buat macam mana.Rumah kami buruk dan tak selesa.Aku tak upaya nak sediakan layanan kelas pertama.Lagipun mereka baru je balik.Duit banyak nak pakai.....untuk bayar hutang.Hidup berhutang memang lah susah.Tak lena tidur dibuatnya.Emak semakin hari semakin lemah.Aku risau.Malam ni dan minggu lepas emak sering batuk-batuk.Janganlah paru-paru nye lemah dan di jangkiti.Aku tahu emak sunyi tapi aku sibuk setiap hari menyiap kerja rumah.Maklumlah siapa nak diharap,suami aku sibuk dari pagi hingga ke petang membuat labu.Larat tak larat aku kena buat semua kerja rumah.Aku kasihan dengan emak ,dia sunyi dan merindui cucu-cucu nya,terutama pada hari raya ni.Emak teramat rindu pada cucu kesayangannya.Tapi emak tidak tahu yang cucu nya dah di hantar ke pusat pemulihan dadah.Aku tak sampai hati nak beritahu keadaan yang sebenar pada nya.Aku tak mahu hati nya bertambah sedih dan luka.Aku tahu emak sepi tanpa gelak ketawa cucu-cucu nya.Aku tahu emak rindu untuk menatap cucu-cucu nya makan sambal tumis dan masakan rendang pedas perak yang aku masak.Aku pun bukan nya mahir sangat dalam masak memasak ni.Cuma tahu masak je.Hari pun dah malam dan mungkin emak pun dah tidur di tingkat bawah.Aku berharap esok emak lebih ceria dari hari ini.                                                                                        

No comments:

Post a Comment